KUALA LUMPUR, 16 Julai: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) meminta kerajaan negeri untuk menyalurkan cadangan berkaitan usaha untuk memajukan industri pelancongan tempatan.
Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata ini membolehkan kemeterian itu mengusul cadangan kepada Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi untuk mendapatkan peruntukan.
“MOTAC ada pelbagai produk pelancongan kepada kerajaan negeri.
“Namun sekiranya terdapat cadangan lain, kita boleh masukkan dalam perancangan dan berbincang dengan kedua-dua kementerian untuk mendapatkan peruntukan dan salurkan kepada kerajaan negeri,” katanya.
Beliau menjawab soalan tambahan Azahari Hasan (Perikatan Nasional -Padang Rengas) yang ingin tahu mengenai inisiatif MOTAC untuk membangunkan serta dan menaik taraf industri pelancongan di kawasannya.
Semenatar itu King Sing berkata, MOTAC ketika ini mengadakan berbincang dengan kedua-dua kementerian itu bagi mengklasifikasi peruntukan yang diperlukan untuk menaik taraf fasiliti melibatkan sektor pelancongan dan kebudayaan negara.
Beliau turut menyarankan kepada semua Ahli Parlimen supaya bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi memastikan perancangan pembangunan industri pelancongan adalah selari.
Tambahnya ketika ini MOTAC bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri di bawah Pejabat Pelancongan, Seni dan Budaya negeri. -TVS