Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Puan Yang Terutama (PYT) Danielle Heinecke dibawa melawat ke galeri muzium oleh Ketua Bahagian Khidmat Permuziuman Jabatan Muzium Sarawak (JMS), Yasmin Khalid Nicholls semasa lawatan ke Muzium Budaya Borneo di Kuching pada Selasa. Foto TVS

Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia lawat Muzium Budaya Borneo

KUCHING, 16 Julai: Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Puan Yang Terutama (PYT) Danielle Heinecke mengadakan lawatan ke Muzium Budaya Borneo (BCM) di sini, hari ini.

Beliau bersama delegasi tiba di BCM kira-kira jam 2:00 petang dan meluangkan masa kira-kira lebih sejam melawat galeri muzium.

Rombongan Danielle dibawa melawat serta diperdengarkan taklimat berkaitan artifak-artifak yang dipamerkan di BCM selain kebudayaan etnik di Sarawak oleh Ketua Bahagian Khidmat Permuziuman Jabatan Muzium Sarawak (JMS), Yasmin Khalid Nicholls.

Usai dari lawatan di BCM, Danielle meneruskan agenda lawatan kerja rasmi beliau di Sarawak ke Swinburne University of Technology Kampus Sarawak (Swinburne Sarawak).

Hadir sama Setiausaha Kedua Ekonomi dan Politik Suruhanjaya Tinggi Australia, Lachlan Mcfee. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan