Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Florince Christy (tengah) bersama yang lain pada sidang media pelancaran ‘Program Hentikan Rabies’. Foto Regina Lee

Program Hentikan Rabies tawar diskaun lesen dan subsidi pengembirian anjing

ByRegina Lee

KOTA SAMARAHAN, 16 Julai: Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) menawarkan diskaun yuran lesen dan subsidi RM150 bagi pengembirian anjing.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Komuniti dan Pelancongan MPKS, Kaunselor Dr Florince Christy berkata RM10 diskaun diberikan untuk lesen manakala subsidi RM150 untuk memandulkan anjing.

 

“Tawaran ini disediakan untuk 100 anjing pertama yang dilesenkan menerusi Program Hentikan Rabies

“Yuran lesen ditetapkan pada RM10 untuk anjing yang dikembiri dan RM30 untuk anjing yang belum dikembiri,” katanya pada sidang media pelancaran program itu di sini, hari ini.

‘Program Hentikan Rabies’ bermatlamatkan membasmi rabies di daerah itu akan berlangsung pada 27-28 Julai di Dewan Perpaduan Stakan Taman Samarindah.

Menurut Florince, program ini menyediakan khidmat pemvaksinan, implan cip mikro dan pengembirian anjing.

Vaksinasi dan pelesenan adalah langkah penting dalam memastikan kesihatan dan keselamatan komuniti daerah itu, jelasnya.

Pemilik anjing boleh membawa maksimum tiga ekor anjing peliharaan mereka ke program tersebut.

Pada masa sama, Florince menambah MPKS turut menganjurkan ‘Pertandingan Poster Hentikan Rabies’ dalam kalangan murid sekolah rendah bagi menyokong inisiatif berkenaan.

“Kami menggalakkan semua kanak-kanak sekolah rendah untuk menyertai pertandingan poster. Ia adalah peluang yang baik untuk meningkatkan kesedaran tentang rabies dan keterlibatan generasi muda dalam memerangi wabak ini,” katanya.

Hadiah untuk pertandingan tersebut adalah RM120 berserta trofi dan sijil (tempat pertama), RM80 berserta trofi dan sijil (tempat kedua), RM50 berserta trofi dan 30 hadiah berupa trofi dan sijil (saguhati) untuk dimenangi.

Tarikh tutup untuk pelajar menghantar karya seni mereka adalah sebelum 4 petang pada 25 Julai 2024 dan borang permohonan boleh diperoleh daripada laman web, Facebook dan Perpustakaan MPKS. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan