Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Tembakan di masjid di Muscat, polis Oman lancar siasatan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 16 Julai: Polis Oman pada Selasa melancarkan siasatan berhubung insiden tembakan di sebuah masjid di Muscat yang mengorbankan sekurang-kurangnya empat orang dan mencederakan beberapa yang lain.

Pihak polis dalam satu kenyataan memaklumkan semua langkah dan prosedur keselamatan yang diperlukan telah diambil sebagai tindak balas terhadap insiden tembakan di sekitar masjid di Al Wadi Al Kabir.

“Proses mengumpul bukti dan siasatan sedang dilakukan,” menurut kenyataan yang dimuat naik di platform X itu.

Polis Oman mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dan mendoakan agar yang cedera cepat sembuh.

Menurut laporan Agensi Anadolu memetik kenyataan polis, sekurang-kurangnya empat orang terbunuh manakala beberapa lagi cedera dalam insiden tembakan itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan