Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

MET Malaysia nafi amaran tsunami di perairan Sabah

kredit : MET Malaysia

KUALA LUMPUR, 30 Julai — Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menafikan amaran tsunami yang boleh berlaku di Malaysia khususnya perairan Sabah.

MET Malaysia telah menerima maklumat berkaitan dengan penularan mesej mengenai kejadian tsunami itu berdasarkan kejadian gempa bumi kuat bermagnitud 7.5 pada skala Richter yang berlaku di semenanjung Alaska pada 29 Julai 2021 pukul 2.15 petang.

“MET Malaysia menafikan kejadian itu berlaku di Sabah. Mesej tular amaran tsunami ini dipapar dalam laman sesawang dan disebarkan oleh agensi luar negara.

“MET Malaysia membuktikan bahawa kejadian tersebut tidak berlaku kerana insiden gempa bumi di Alaska berlaku melebihi 12 jam lepas dan tiada ombak tsunami dikesan oleh peralatan pemantauan ombak tsunami sehingga kini,” menurut jabatan itu dalam kenyataan hari ini.

MET Malaysia menasihatkan orang ramai untuk lebih berhati-hati dalam menyebarkan maklumat atau video berkenaan kejadian gempa bumi dan menyarankan rakyat untuk mendapatkan info di laman web www.met.gov.my, aplikasi MyCuaca, laman media sosial rasmi MET Malaysia serta hotline di 1300-22-1638.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan