Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Persepsi harga diesel yang dikatakan naik ketika ini tidak benar, sebaliknya ia diapungkan susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel oleh kerajaan bermula 10 Jun 2024, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini. Foto, Bernama.

Dewan Rakyat: Bantuan RM200 penyasaran subsidi diesel mencukupi

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 15 Julai: Kajian mendapati bantuan tunai RM200 bagi penyasaran subsidi diesel setiap bulan adalah memadai.

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, data daripada Laporan Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah 2022 mendapati jumlah berkenaan mencukupi bagi perbelanjaan bahan bakar diesel isi rumah.

“Data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan jumlah itu mencukupi bagi menampung jumlah kos diesel bulanan tambahan bagi 80 peratus isi rumah di Semenanjung Malaysia.

“Ini adalah hasil kajian mendalam dan rundingan pihak berkepentingan, pemilik kenderaan, pakar ekonomi dan industri,” katanya pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Suhaimi Nasir (Barisan Nasional -Libaran) mengenai kemungkinan meningkatkan bantuan tunai bagi penyasaran subsidi diesel di Sabah.

Hui Ying menambah, kerajaan akan terus memantau situasi semasa dan menambah baik pelaksanaan penyasaran subsidi diesel dalam memastikan tiada keciciran daripada menerima bantuan kerajaan.

Mengenai kos pembangunan sistem Bantuan Subsidi MADANI (BUDI MADANI), jelasnya tiada kos tambahan dikenakan memandangkan sistem itu dibangunkan menggunakan pangkalan data sedia ada kerajaan.

“BUDI MADANI dibangunkan secara dalaman oleh kakitangan kerajaan dan tidak melibatkan sebarang tender terbuka,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan