Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tempoh reman terhadap pasangan suami isteri pempengaruh yang disyaki terbabit dalam penyelewengan dana derma awam disambung tiga hari lagi selepas reman mereka tamat hari ini. Foto fail Bernama

Seleweng dana derma awam: Reman pasangan pempengaruh, dua individu disambung tiga hari

ByBernama

KUALA LUMPUR, 14 Julai: Tempoh reman terhadap pasangan suami isteri pempengaruh yang disyaki terbabit dalam penyelewengan dana derma awam disambung tiga hari lagi selepas reman mereka tamat hari ini.

Menurut sumber, dua lagi individu yang juga pengendali sebuah platform kutipan derma yang direman empat hari berkait kes terbabit, turut disambung reman bagi tempoh sama.

Sumber memaklumkan, perintah sambung reman hingga Selasa ini dikeluarkan Majistret Siti Zahirah Zaidon selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan reman disambung dan kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Rabu lepas, SPRM menahan tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 20-an dan 30-an kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan dana derma awam.

Kesemuanya ditahan antara 6.30 petang hingga 11 malam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

Susulan penahanan itu, mereka dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya Khamis lepas dan perintah reman selama empat hari hingga hari ini dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin.

Menurut sumber SPRM, pasangan suami isteri itu dipercayai melakukan perbuatan itu sejak 2020 dengan menyeleweng kutipan derma yang tidak disalurkan dengan cara yang betul.

Dianggarkan kutipan derma terbabit mencecah kira-kira RM3 juta namun siasatan masih di peringkat awal dan pada masa yang sama, dua lagi individu turut ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes yang sama. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan