KUCHING, 14 Julai: Pihak Berkuasa Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) melalui Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA) kekal komited meneruskan inisiatif memperkasa komuniti luar bandar dengan menyokong dan mengembangkan projek sosioekonomi yang inovatif secara aktif.
Lawatan Teknikal bersama Universiti Sains Malaysia (USM) yang dianjurkan oleh Bahagian Jaringan Industri & Komuniti (BJIM) itu bertujuan meneroka potensi kerjasama antara RECODA, URDA dan USM berikutan USM Inovasi untuk Komuniti (INNO4C) Lawatan Sambil Belajar ke Projek Pertanian Pintar Madu Kelulut di Kuching bulan lepas.
Sepanjang lawatan selama dua hari itu, peserta melihat sendiri projek komuniti di Pulau Pinang dan Baling, Kedah yang melibatkan penternakan ikan air tawar, projek kultur tisu pokok tin dan penanaman padi dalam poli beg serta projek pertanian rumpai laut dan udang galah.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) Katibas, Lidam Assan yang juga Pengerusi Sub – Industri dan Pembangunan Usahawan Jawatankuasa URDA, perkara yang diberi fokus adalah kepada penyatuan dan bukan keterlaluan, akan dikekalkan.
“Ini penting untuk mengukuhkan inisiatif semasa dan bukannya cuba mengambil terlalu banyak projek baharu atau berkembang terlalu cepat .
“Strategi untuk menggabungkan pengajaran yang dipelajari daripada lawatan sambil belajar ini akan tertumpu pada lebah tanpa sengat, perternakan ikan air tawar, udang dan udang galah-mengembangkan lagi apa yang sudah ditubuhkan atau sedia ada di Sarawak dan mengenal pasti ceruk pasaran bagi pengkomersialan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Salah satu sasaran yang akan menunjukkan kejayaan program ialah kenaikan gaji peserta pada masa kini di bawah gaji minimum, bertujuan untuk memenuhi atau melebihi gaji minimum negeri.
“Sokongan akan disediakan untuk usahawan yang ditubuhkan untuk meningkatkan ladang dan projek semasa mereka dengan rancangan untuk membantu pendatang baharu bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan di rantau URDA,” katanya.
Sementara itu, Felo Penyelidik Pembangunan Ekonomi dengan USM, Syed Yusof Syed Kechik berkata, sebagai rakan strategik masa depan USM dalam lawatan ini, delegasi berpeluang menyaksikan sendiri impak ketara daripada inisiatif USM.
Ujarnya, sokongan berterusan USM dalam membimbing komuniti ini melalui proses menubuhkan perniagaan dan mendapatkan geran, memenekankan kepentingan bimbingan dalam mencapai pertumbuhan ekonomi yang berkekalan untuk masyarakat.
Justeru, URDA optimis bahawa lawatan sambil belajar ini dan sokongan seterusnya dalam membawa kepada pendapatan sekurang-kurangnya 30 peratus pertumbuhan dengan kesan jangka panjang meningkatkan kehidupan masyarakat, kualiti hidup dan menyumbang kepada kedua-dua ekonomi tempatan dan Sarawak. – TVS