KUCHING, 13 Julai: Enam keluarga hilang tempat berteduh setelah kediaman mereka di Taman Seberkas Bintulu, Simpan Rumah Jarau, Bintulu musnah dijilat api pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, sejurus menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 11.48 pagi, pihaknya mengerahkan 11 anggota ke lokasi yang terletak 3 kilometer (km) dari balai.
“Kebakaran melibatkan enam rumah setinggan jenis struktur tidak kekal telah terbakar 100 peratus.
“Pasukan bomba bertindak memadam kebakaran dengan menggunakan satu aliran 200 kaki, dua nozel dan relay pumping dari jentera BBP Bintulu,” katanya.
Tambahnya operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 2.03 petang.
Kebakaran terbabit tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa. – TVS