Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Dewan Bandaraya Kuching Utara, Mohamed Khaidir Abang semasa Expo Bulan Kebersihan 2024 di Ecomall Petrajaya, Kuching pada Sabtu. Foto TVS

DBKU komited pastikan kebersihan Bandaraya Kuching

KUCHING, 13 Julai: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) komited  memastikan kebersihan, keceriaan dan sumber alam semula jadi di Bandaraya Kuching sentiasa terpelihara.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Bekalan Air) Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, untuk merealisikan komitmen itu DBKU menggariskan lima teras utama dalam pelan strategiknya yang memberikan penekanan penting bagi DBKU untuk mengekalkan kelestarian Bandaraya Kuching mencapai taraf bandaraya yang bersih.

“Saya juga yakin yang komuniti di Bandaraya Kuching juga turut memainkan peranan penting masing-masing dalam mengekalkan persekitaran yang bersih kerana semua ini adalah tanggungjawab bersama,” katanya dalam teks ucapan yang dibaca Pengarah Dewan Bandaraya Kuching Utara, Mohamed Khaidir Abang semasa Expo Bulan Kebersihan 2024 di Ecomall Petrajaya pada Sabtu.

Beliau berkata, pelbagai aktiviti dan program yang telah dirancang oleh pihak DBKU bagi memastikan kemeriahan sambutan Bulan Kebersihan Bandaraya Kuching dirasai oleh masyarakat Kuching.

Antaranya Jerayawara Bulan Kebersihan, Plogging Walk setiap hujung minggu, Ekspo Bulan Kebersihan, Clean Waterway Campaign, Clean Kuching City Run, Digital Info Hunt sempena Bulan Kebersihan dan Pertandingan 3K (Kebersihan, Kecantikan dan Kejiranan).

Dalam pada itu, katanya, Mini Expo Bulan Kebersihan 2024 DBKU berupaya menjadi sebahagian daripada inisiatif tahunan Bulan Kebersihan melibatkan masyarakat sekitar.

“Matlamat expo ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan melestarikan alam sekitar dan mempromosikan amalan mesra alam kepada masyarakat umum.

“Selain itu, ekspo ini juga bertujuan untuk mendidik dan menanam rasa tanggungjawab dalam kalangan warga kota tentang kepentingan pemuliharaan alam sekitar dengan harapan dapat memberikan inspirasi kepada setiap yang hadir untuk mengamalkan budaya atau amalan menjaga alam sekitar dalam kehidupan seharian,” katanya.

Penganjuran Expo Bulan Kebersihan 2024 itu akan berlangsung selama dua hari iaitu dari 13 hingga 14 Julai 2024.

Seramai tujuh buah agensi dan pertubuhan turut serta menjayakan expo kali ini iaitu terdiri daripada Sarawak Energy Berhad (SEB), Trienekens (Sarawak) Sendirian Berhad, WormingUp, Sustaination, KimHuang Enterprise, Kompos DBKU dan Sar Alam Indah Sendirian Berhad. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan