Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sekurang-kurangnya 22 orang maut selepas sebuah bangunan sekolah runtuh ketika sesi pembelajaran di tengah Nigeria. Foto AFP

22 maut, bangunan sekolah runtuh di Nigeria

ByBernama

LAGOS, 13 Julai: Sekurang-kurangnya 22 orang maut selepas sebuah bangunan sekolah runtuh ketika sesi pembelajaran di tengah Nigeria, menurut pihak berkuasa tempatan pada Jumaat.

Sekitar 130 orang kini dirawat di hospital berdekatan, dengan kebanyakan mangsa terdiri daripada pelajar dan kakitangan sekolah, lapor agensi berita Jerman dpa.

Kejadian berlaku di Sekolah Menengah Saint Academy di bandar Jos, menurut pegawai maklumat dan komunikasi negeri Plateau, Musa Ibrahim Ashoms.

Jumlah kematian dijangka meningkat dengan anggaran 200 pelajar dipercayai terperangkap di bahagian bangunan runtuh itu.

Bangunan dua tingkat itu runtuh selepas hujan lebat melanda kawasan itu. Siasatan mengenai punca kejadian telah dijalankan.

Sebelum ini, Nigeria menyaksikan beberapa insiden yang sama hingga mengorbankan nyawa disebabkan struktur bangunan lemah, penggunaan bahan yang tidak berkualiti dan rasuah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan