Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan memperuntukkan RM3 bilion setahun bagi meningkatkan kemudahan infrastruktur asas di luar bandar, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini. Foto hiasan, Envato.

Dewan Rakyat: RM3 bilion tingkatkan kemudahan asas luar bandar

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 11 Julai: Kerajaan memperuntukkan RM3 bilion setahun bagi meningkatkan kemudahan infrastruktur asas di luar bandar, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, peruntukan itu melibatkan pembinaan dan menaik taraf jalan raya, jabatan-jabatan luar bandar dan penyelenggaraan lampu kampung.

“Tidak dinafikan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) merupakan peneraju utama bagi perkara yang berkaitan kemajuan di desa.

“Setiap tahun, kerajaan telah meluluskan peruntukan sehingga RM3 bilion bagi membina atau menaik taraf infrastruktur asas termasuk menyediakan bekalan air dan elektrik secukupya bagi keperluan masyarakat luar bandar,” katanya pada Waktu Pertanyaan – Pertanyaan Menteri hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Roslan Hashim (Perikatan Nasional – Kulim Bandar Baharu) yang ingin tahu perbezaan program melibatkan kawasan perkampungan di bawah KKDW dengan Program Kampung Angkat MADANI.

Berkenaan program Kampung Angkat MADANI, Amir Hamzah memaklumkan, kerajaan telah memperuntukkan RM100 juta bagi 42 buah kampung terpilih di seluruh negara.

“(Ini melibatkan) agihan peruntukan maksimum sehingga RM2.5 juta bagi setiap kampung.

“Berdasarkan jumlah tersebut, sehingga 10 Julai 2024, Kementerian Kewangan telah menyalurkan RM86.3 juta kepada kementerian dan agensi yang terlibat meliputi 35 buah kampung yang telah dikenal pasti,” katanya.

Tambah beliau, Kampung Angkat MADANI diperkenalkan dalam Belanjawan 2024 bagi menentukan penanda aras terbaik dalam memastikan capaian liputan kemudahan asas air, elektrik, jalan, lampu jalan, kemudahan masyarakat dan capaian internet dapat dipertingkatkan melalui kaedah Whole of Government.

“Objektif pelaksanaan Kampung Angkat MADANI adalah untuk mencari kaedah terbaik dalam memudah cara dan mempercepatkan pelaksanaan projek kecil di kampung selain merapatkan jurang kemudahan asas antara desa dan bandar,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan