KUALA LUMPUR, 10 Julai: Kerajaan dijangka akan membentangkan Rang Undang – Undang (RUU) untuk memansuhkan Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu 1981 pada sesi Dewan Rakyat minggu depan.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, perkara itu akan dibawa oleh beliau ke Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat ini.
Proses penyerahan Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak selesai sepenuhnya 2025
Jelas beliau, butirannya juga telah diserahkan kepada seketeriat bertanggungjawab.
“Saya perlu mendapatkan persetujuan Jemaah Menteri terlebih dahulu sebelum boleh dibentangkan di Dewan Rakyat.
Proses penyerahan Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak selesai sepenuhnya 2025
“Sekiranya diluluskan oleh Jemaah Menteri pada Jumaat ini, maka bacaan kali pertama akan berlangsung minggu hadapan namun saya tidak pasti berapa ramai (Ahli Parlimen) akan membahaskannya,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.
Sebelum ini Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memaklumkan pemansuhan RUU berkenaan akan dibentangkan dalam Dewan Rakyat pada sidang kali ini sebelum Pelabuhan Bintulu diserahkan kepada Kerajaan Sarawak.
Proses penyerahan Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak selesai sepenuhnya 2025
Pada Mac lepas, Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan menandatangani Perjanjian Persefahaman Penukaran Status Pelabuhan Bintulu Daripada Pelabuhan Persekutuan Kepada Pelabuhan Negeri. -TVS.