Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

COVID : Sabah rekod tiga kluster baharu di Tawau

ByYazid Ibrahim

KOTA KINABALU, 30 Julai — Sebanyak 776 kes positif COVID-19 direkodkan di Sabah semalam dengan tiga kluster baharu dikesan menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 82,620.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun berkata dua kluster baharu itu melibatkan penularan jangkitan dalam komuniti iaitu Kluster Batu Keramat dengan 18 kes dan Kluster Lahat-Lahat sebanyak 20 kes, masing-masing berpunca daripada sambutan Aidiladha serta kenduri tahlil.

Beliau berkata Kluster Unipark pula merupakan kluster tempat kerja yang dikesan melalui saringan bergejala dan setakat ini merekodkan 18 kes positif hasil 54 ujian saringan.

“Aktiviti pengesanan kontak rapat sedang giat dijalankan dan punca jangkitan masih dalam siasatan,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

Pada masa sama, sebanyak lapan kematian dilaporkan iaitu empat di Kota Kinabalu dan masing-masing satu di Sandakan, Tawau, Lahad Datu serta Beaufort.

Secara keseluruhannya, Masidi berkata semua daerah di Sabah mencatatkan peningkatan kes positif COVID-19 dengan 439 dikesan daripada saringan kontak rapat diikuti saringan bergejala (153 kes), saringan kluster (74 kes), saringan bersasar (32 kes) dan lain-lain (78 kes).

Mengulas perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan peringkat Sabah, beliau berkata sebanyak 1.13 juta dos telah diberikan kepada rakyat negeri itu menerusi program tersebut sehingga hari ini.

Katanya jumlah rakyat Sabah yang mendaftar sebagai penerima vaksin turut merekodkan peningkatan dengan 1.13 juta orang atau 41.2 peratus telah membuat pendaftaran di pelbagai platform disediakan.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan