Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg nerima tepa pengingat ba Pengerami Makai Malam Persidangan Asia Pasifik Kesihatan Awam ke-8 (8th APCPH), ditu, malam tadi. Gambar Fiqri Razak (TVS)

Tiga hospital baharu dengan kapasiti lebih 1,000 katil dibangun di Kuching – Abang Johari

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 10 Julai: Kerajaan Sarawak berhasrat untuk membangunkan tiga buah hospital baharu di Bandaraya ini dengan kapasiti lebih 1,000 katil untuk pesakit.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata salah satunya dengan menaik taraf dan memperbesarkan lagi hospital milik kerajaan negeri, Pusat Pakar Perubatan Normah di sebuah lokasi baharu.

“Normah akan membangunkan hospital yang memiliki 300 katil yang turut mempunyai peralatan terkini. Jadi yang ini merupakan kepunyaan Sarawak.

“Dua lagi sektor swasta yang mana satunya di kawasan Tabuan Jaya, juga mempunyai 300 katil dengan kemudahan yang terkini dari sudut teknologi. Satu lagi pula dekat Batu Lintang, ini juga dari kumpulan asing (swasta),” kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Makan Malam Persidangan Asia Pasifik Kesihatan Awam ke-8 (8th APCPH), di sini, pada Selasa.

Turut hadir, Naib Pengerusi Persidangan Asia Pasifik Kesihatan Awam, Dr Tahir Aris dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Dato Wee Hong Seng.

Abang Johari meyakini dalam tempoh lima tahun, pertambahan hospital dan jumlah katil untuk pesakit yang lebih banyak ini akan dapat disediakan.

Dalam pada itu, beliau berkata, dengan adanya syarikat penerbangan Sarawak sendiri juga nanti akan dapat memudahkan pesakit dari luar negeri dan juga luar negara untuk datang ke wilayah ini untuk mendapatkan rawatan.

“Bukan untuk orang Sarawak dan orang Malaysia sahaja, tetapi mungkin pesakit dari sebelah sana, merentasi sempadan, lebih-lebih lagi, ibu negara Indonesia, Nusantara hanya mengambil masa 20 minit jika menggunakan kapal terbang.

“Dari segi statistik juga, ramai rakyat Indonesia yang datang berkunjung ke Sarawak untuk mendapatkan rawatan,” ujar beliau. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan