Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Brandy bersama Anugerah Belia Perdana Peringkat Negeri Sarawak yang dimenanginya. Foto Brandy

Belia sentiasa dihati, Brandy perkasa program amal dan kemasyarakatan

LIMBANG, 7 Julai: Kurang mendapat sokongan dan motivasi daripada golongan seusianya, tidak menghalang pemenang Anugerah Belia Perdana Peringkat Negeri Sarawak 2024 ini, Brandy Mary Duncan terus mengorak langkah memperkasa program belia di kawasannya.

Dia yang berusia 26 tahun berkata, fokusnya adalah untuk memperbanyakkan lagi program amal dan kemasyarakatan bersama belia dan menyantuni golongan itu yang merupakan aset kesinambungan kepimpinan negara.

Anak ketiga daripada empat beradik, berbangsa Kelabit Kenyah ini juga mahu memperkasakan peranan golongan wanita melalui penglibatan aktif dalam pelbagai program termasuk belia.

“Kita wujudkan satu lagi jambatan untuk belia melalui amal dan kemasyarakatan, dengan memfokus kepada Limbang, tidak hanya SABERKAS Bukit Kota tetapi lebih penting fokus untuk belia.

“Selain itu saya ingin memperkasakan peranan wanita, ini adalah dua visi yang saya ingin saya capai tahun ini,” katanya ketika ditemui selepas Karnival Sukan KASUS SABERKAS Bukit Kota di Stadium Tertutup Limbang hari ini.

Brandy yang berkelulusan Sarjan Muda Pengurusan Rekod dan Dokumen (Pengurusan Maklumat) menjelaskan dengan penganjuran program kemasyarakatan, ia dapat mendedahkan belia selain mengelak mereka terlibat dalam aktiviti tidak sihat.

Pada masa sama beliau mahu mengajak belia di Limbang untuk terlibat aktif dalam pelbagai program yang dilaksanakan.

Pada Mei lepas, Brandy Mary Duncan dipilih sebagai pemenang pertama Anugerah Belia Perdana Peringkat Negeri Sarawak 2024 kategori Individu Wanita, sempena sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Negeri Sarawak yang diadakan di Dewan Sri Kenyalang Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Bintulu.

Dengan kemenangan itu beliau menerima wang tunai sebanyak RM3,000 berserta piala dan sijil penghargaan. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan