Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menyampaikan replika lesen kepada Norleder Sahari. Foto TVS

533 individu kawasan Parlimen Petra Jaya dapat lesen memandu B2

KUCHING, 6 Julai: Seramai 533 orang dari kawasan Parlimen Petra Jaya berjaya memperoleh lesen memandu Kelas B2 menerusi program Bantuan Lesen Memandu (Mylesen) yang dilaksanakan pada 11 Januari hingga 25 Mei lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, program tersebut dikhususkan kepada masyarakat yang tidak mempunyai keupayaan ekonomi terutamanya golongan B40 untuk mendapatkan lesen memandu dengan bayaran yang minima.

Menurutnya, program seumpama itu perlu bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat kepentingan memiliki lesen memandu seterusnya mendedahkan mereka kepada peraturan-peraturan jalan raya, selain menjamin keselamatan pengguna jalan raya.

“Ini untuk kita beri kesedaran pentingnya kita mematuhi peraturan dan perundangan sebab kalau kita memandu tanpa lesen ia mendedahkan bukan sahaja dari segi kesalahan dari segi peraturan jalan raya tetapi juga menjadi kesalahan di bawah peraturan jenayah.

“Keadaan ini seterusnya turut mendorong pihak yang menjaga mereka terdedah untuk diambil tindakan perundangan berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Penutupan Program Bantuan My lesen Kelas B2 peringkat parlimen Petra Jaya di sini pada sabtu.

Terdahulu, program bantuan lesen tersebut juga telah diadakan di beberapa kawan lain termasuk Limbang, Batang Lupar dan Dalat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan