KUCHING, 6 Julai: Kumpulan ‘Accurate’ daripada Jabatan Tanah dan Survey (JTS) Bahagian Mukah menjuarai Anugerah Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) pada Hari Inovasi dan Intergriti Tanah dan Survey Sarawak ( HIITS ) 2024.
Dalam pada itu, ‘Origin’ daripada JTS Kapit menyandang tempat kedua diikuti dengan JTS Sri Aman (Knights Of Batang Lupar) di tempat ketiga.
Majlis Anugerah HIITS terbabit telah disampaikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sekali gus menyempurnakan HIITS kali ini.
Selain itu, turut disampaikan penyampaian bagi kategori Persembahan Terbaik yang turut disandang oleh kumpulan Accurate JTS Mukah dan Montaj Terbaik Infiniti Tri D dari Sibu.
Majlis tersebut turut menyaksikan penyampaian Anugerah-Anugerah Khas antaranya Anugerah Inovasi Transformasi Digital milik Accurate JTS Mukah, Anugerah Inovasi Kelestarian Alam Sekitar (Inno- Tochi 11, JTS Betong) , Anugerah. Inovasi Transformasi Penyampaian Perkhidmatan, (lOrigin JTS Kapit ), Anugerah Inovasi Sosial (Knights Of Batang Lupar, JTS Sri Aman) dan Anugerah Khas dan Kepimpinan Inovasi dianugerahkan kepada Nur Sabrina Talif @ Len daripada JTS Mukah.
Hadir sama Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Sumber Asli Dan Pembangunan Bandar (II), Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri Dan Pelaburan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti Dan Ombudsman), Datuk Dr Juanda Jaya, Setiausaha Tetap Kementerian Sumber Asli Dan Pembangunan Bandar Datu Abdullah Julaihi dan Pengarah Jabatan Tanah dan Survei Sarawak Awang Zamhari Awang Mahmood. – TVS