Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Perenang Amerika Syarikat terus bersinar di kolam renang

ByYazid Ibrahim

TOKYO, 29 Julai — Robert Finke,21, dari Amerika Syarikat (AS) memenangi emas acara 800 meter gaya bebas lelaki di Olimpik Tokyo 2020 sini pada Khamis.

Atlet itu yang pada awalnya ketinggalan sebelum membuat pecutan pada 50m terakhir dan sampai ke garisan penamat dengan catatan masa tujuh minit 41.87 saat, menurut Xinhua.

Pemain Itali, Gregorio Paltrinieri, yang pada awalnya menguasai acara itu sekadar di tempat kedua ketinggalan 0.24 saat di belakang Finke.

Pingat gangsa menjadi milik juara Eropah, Mykhailo Romanchuk yang menambah pungutan pingat untuk Ukraine dengan catatan masa 7:42.33 saat.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan