Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Majikan dinasihat hantar pekerja terima vaksin COVID-19 di PPV KLCC ikut waktu janji temu

ByYazid Ibrahim

KUALA LUMPUR, 29 Julai — Polis Diraja Malaysia menasihati majikan agar menghantar pekerja mereka terutama warga asing yang menerima suntikan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) mengikut waktu janji temu ditetapkan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata ini bagi mengelakkan kesesakan di kawasan PPV itu.

“Ramai pekerja warga asing dari Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan akan dihantar ke PPV KLCC… majikan dimohon tidak menghantar pekerja terlalu awal ke PPV yang ditetapkan dan patuhi janji temu,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

Terdahulu, tular di laman sosial video berdurasi 26 saat memaparkan keadaan sesak orang ramai beratur di pekarangan PPV KLCC.

Dalam kes berasingan, seorang lelaki yang videonya tular di media sosial hari ini kerana meninggikan suara kepada seorang warga emas lelaki dikenakan kompaun RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka.

Mohamad Zainal berkata kompaun dikeluarkan selepas siasatan mendapati lelaki berusia 34 tahun itu tidak memakai pelitup muka ketika menyampaikan ceramah di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur, Jalan Pahang.

“Hasil siasatan mendapati kejadian itu berlaku kira-kira 11.30 pagi semalam dan kita mengesan satu rakaman video berdurasi 49 saat di media sosial menunjukkan seorang individu tidak memakai pelitup muka memarahi warga emas,” katanya sambil menambah lelaki itu dikompaun selepas dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada kira-kira 5.20 petang semalam.

— BERNAMA

Tags: #bm, KLCC, ppv, vaksin

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan