Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hospital, pusat perubatan dan stesen oksigen di Semenanjung Gaza mungkin ditutup dalam masa 48 jam kerana kekurangan bahan api. Foto AFP

Operasi hospital di Gaza mungkin terhenti dalam 48 jam kerana kekurangan bahan api

ByBernama

KAHERAH, 30 Jun: Hospital, pusat perubatan dan stesen oksigen di Semenanjung Gaza mungkin ditutup dalam masa 48 jam kerana kekurangan bahan api yang diperlukan untuk menghidupkan generator, kata Kementerian Kesihatan di wilayah itu pada Ahad, lapor Sputnik.

“Kementerian Kesihatan sekali lagi memberi amaran bahawa hospital, pusat perubatan dan stesen oksigen yang masih beroperasi akan berhenti berfungsi dalam masa 48 jam kerana kehabisan bahan api yang diperlukan untuk menghidupkan generator,” kata kementerian itu di Telegram.

Pegawai juga menyeru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan organisasi kemanusiaan untuk campur tangan dengan segera bagi menyediakan bahan api dan generator. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan