Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Jumlah pemberian vaksin hampiri 18.4 juta

ByEekbal Yusuf

SERAMAI 12,487,441 penduduk Malaysia atau bersamaan 38.2% keseluruhan populasi telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19, dedah Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin.

Daripada jumlah itu, katanya, 5,905,906 orang atau 18.1% populasi telah mendapat dos lengkap vaksin.

“Ini menjadikan jumlah vaksin COVID-19 yang telah diberikan adalah sebanyak 18,393,347 dos,” katanya pada sesi penerangan mengenai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Berdasarkan populasi dewasa pula, sebanyak 53.3% telah menerima sekurang-kurang satu dos dan 25.2% populasi dewasa di Malaysia telah menerima dos lengkap.

“Bagi petugas barisan hadapan yang termasuk dalam kumpulan penerima vaksin Fasa 1, sejumlah 695 ribu telah selesai menerima dos lengkap masing-masing.

“Jumlah ini adalah 195 peratus lebih tinggi berbanding sasaran awal yang ditetapkan iaitu sebanyak 500,000 orang,” jelasnya.

Bagi kumpulan Fasa 2 pula, sehingga 25 Julai, seramai 2.9 juta orang warga emas atau 92.6% daripada jumlah keseluruhan populasi berumur 60 tahun ke atas yang telah mendaftar sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

“Bagi golongan OKU dan komorbid pula, masing-masing sebanyak 289,238 dan 6.32 juta orang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin ataupun diberikan janji temu dalam tempoh masa terdekat,” ujarnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan