Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Moscow dan Ukraine masing-masing menukar 90 anggota tentera yang ditawan pada Selasa dalam pertukaran tawanan terbaru antara kedua-dua negara. Foto fail AFP

Rusia, Ukraine tukar 90 anggota tentera dalam pertukaran tawanan

ByBernama

ISTANBUL, 26 Jun: Moscow dan Ukraine masing-masing menukar 90 anggota tentera yang ditawan pada Selasa dalam pertukaran tawanan terbaru antara kedua-dua negara, lapor Agensi Anadolu.

Kementerian Pertahanan Rusia berkata anggotanya yang dibebaskan akan dihantar ke Moscow untuk rawatan dan pemulihan di institusi perubatan.

Ia berkata mereka yang dibebaskan sedang diberikan bantuan perubatan dan psikologi yang diperlukan.

“Pembebasan anggota tentera Rusia dari tawanan itu adalah usaha pengantaraan kemanusiaan yang dilakukan oleh Emiriah Arab Bersatu,” menurut kementerian itu.

Ukraine belum mengeluarkan kenyataan mengenai pertukaran itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan