Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Maszlee cadang IPTS diberi pelepasan cukai dua tahun demi ‘survival’ ketika COVID-19

KUALA LUMPUR, 27 Julai — Bekas menteri pendidikan Dr Mazslee Malik mencadangkan supaya Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) diberikan pelepasan cukai (tax holiday) selama dua tahun bagi membantu mereka untuk meneruskan kelangsungan perniagaan dalam situasi COVID-19 yang melanda negara.

Ahli Parlimen Simpang Renggam itu juga mencadangkan IPTS yang menawarkan biasiswa kepada penuntut diberi pengecualian cukai mengikut kadar biasiswa yang ditawarkan.

“Kerajaan juga perlu memberikan susbsidi bayaran yuran kepada pelajar dari golongan M40 dan B40 yang belajar di IPTS yang memungkinkan IPTS menurunkan yuran mereka,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Maszlee turut mencadangkan agar pengecualian visa dan caj pengurusan visa kepada Education Malaysia Global Services (EMGS) diberi kepada pelajar antarabangsa yang mendaftar dan belajar secara dalam talian di IPT dalam tempoh pandemik ini sehinggalah mereka perlu datang ke Malaysia.

Beliau berkata inisiatif bantuan itu perlu memandangkan wabak COVID-19 mencabar kemandirian IPTS yang kebanyakannya dilanda krisis berikutan kurangnya kemasukan pelajar baharu sepanjang tempoh pandemik itu, terutama penuntut antarabangsa yang majoritinya punca pendapatan kepada IPTS tempatan.

Pada masa ini terdapat 537,434 penuntut di IPTS seluruh negara daripada keseluruhan 1.3 juta penuntut dalam pendidikan tertiari.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan