TOKYO, 26 Julai — Hidilyn Diaz melakar sejarah selepas memenangi pingat emas pertama Olimpik untuk Filipina dalam acara angkat berat di sini pada Isnin, lapor Xinhua.
Atlet wanita itu berjaya mengetepikan juara dunia Liao Qiuyun dari China untuk kategori 55 kilogram (kg) pada temasya Olimpik Tokyo.
Qiuyun sekadar berpuas hati dengan meraih perak manakala Zulfiya Chinshanlo dari Kazakhstan memperoleh gangsa.
Pada temasya olimpik sebelum ini Filipina meraih 10 pingat termasuk tiga perak dan tujuh gangsa.
— BERNAMA