Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

BSN jangka kenaikan 10 peratus dalam perbelanjaaan kad kredit tahun ini

KUALA LUMPUR, 26 Julai  — Bank Simpanan Nasional (BSN) menjangkakan kenaikan 10 peratus dalam transaksi kad kreditnya tahun ini kerana pandemik COVID-19 mendorong perbelanjaan yang lebih banyak dalam talian dan e-dagang.

Ketua Pegawai Perniagaan Mujibburrahman Abd Rashid berkata pihak bank mendapati pertumbuhan yang lebih besar dalam perbelanjaan e-dagang dan tambah nilai e-dompet kerana ramai pemegang kad kredit menggunakan kad kredit untuk menambah nilai e-dompet mereka dan memilih transaksi tanpa tunai.

“Sehingga Jun 2021, BSN mencatat pertumbuhan sebanyak 9.4 peratus dalam transaksi kad kredit  berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Dengan kata lain, BSN mencatatkan pertumbuhan sebanyak 84 peratus dalam transaksi kad debit berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

“Kami juga mencatatkan tambah nilai e-dompet sebanyak RM14 juta menggunakan kad kredit BSN pada Mac 2021, berbanding RM1.5 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu (Mac 2020),” katanya kepada Bernama.

BSN juga merancang untuk menarik lebih ramai pengguna kad kredit yang aktif dengan melancarkan kempen, promosi dan keistimewaan peniaga untuk ahli sedia ada.

“Selain itu, baru-baru ini kami memperkenalkan kad kredit pulangan tunai baharu untuk ahli yang mahu mendapatkan ganjaran lebih cepat dalam bentuk pulangan tunai dan bukannya mata ganjaran,” katanya.

— BERNAMA 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan