Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Remaja berusia 17 tahun ditahan kerana menunggang motosikal secara melulu dan merbahayakan pengguna jalan raya yang lain. Foto BSPT IPD Sibu

Remaja ditahan tunggang motosikal secara bahaya dalam Op Samseng Jalanan di Sibu

SIBU, 16 Jun: Seorang remaja lelaki  berusia 17 tahun ditahan selepas menunggang motosikal secara berbahaya dalam ‘Op Samseng Jalanan’ di Jalan Awang Ramli Amit di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zukipli Suhaili berkata, operasi itu dijalankan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu sekitar jam 10 malam.

“Remaja tempatan itu ditahan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana menunggang motosikal secara melulu dan mebbahayakan pengguna jalan raya yang lain.

“Dalam operasi sama, seramai 42 orang lelaki tempatan dan dua wanita tempatan diperiksa dan 48 keping saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, pelbagai kesalahan telah diambil tindakan saman iaitu termasuk kesalahan tiada lesen memandu, ubahsuai struktur, ubahsuai ekzos, tiada cermin sisi, nombor plet fancy, tiada plet nombor, lesen kenderaan motor tamat tempoh dan aksesori tidak sempurna.

“Selain itu sebanyak 13 buah motosikal turut ditahan di sekitar pusat bandar Sibu untuk tujuan dokumentasi dan operasi empat jam tersebut berakhir pada jam 2 pagi,” ujarnya.

Zulkipli menasihatkan orang ramai agar mematuhi undang-undang jalan raya dan para ibu bapa disaran supaya memantau aktiviti anak-anak mereka agar tidak terlibat dalam kegiatan yang menyalahi undang-undang jalan raya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan