Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Skuad renang lelaki Amerika Syarikat menang emas acara 4x100M gaya bebas berganti – ganti

TOKYO, 26 Julai — Skuad renang lelaki Amerika Syarikat (AS) memperoleh pingat emas menerusi acara 4×100 meter gaya bebas berganti-ganti dengan catatan masa tiga minit dan 08.97 saat di kejohanan Olimpik Tokyo pada Isnin.

Terdiri Caeleb Dressel, Blake Pieroni, Bowen Becker dan Zach Apple, pasukan itu berada di kedudukan selesa untuk mengekalkan gelaran juara, lapor Xinhua.

Itali merangkul pingat perak dengan catatan masa 3:10.11 saat. Pasukan Australia melonjak dari kedudukan keenam ke tempat ketiga di belakang Itali dengan perbezaan 0.11 saat. 

 — BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan