Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang ketika melawat Program Jualan Rahmah Kawasan N13 Batu Kitang di Dewan PPR Landeh di Kuching pada Jumaat. Foto TVS

Perluaskan Program Jualan Rahmah, bantu golongan berpendapatan rendah – Lo

KUCHING, 14 Jun: Program Jualan Rahmah yang diadakan untuk kali keempat di kawasan DUN Batu Kitang disifatkan sebagai inisiatif membantu golongan yang berpendapatan rendah di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang berkata, inisiatif ini sangat baik dalam membantu penduduk yang tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk pergi membeli belah ditambah dengan harga barangan yang dijual jauh lebih rendah dari harga pasaran.

Jualan Rahmah bawa pasar raya dekat dengan penduduk | TVS

Justeru itu, Lo berharap program sedemikian akan diperluaskan di kawasan lain bagi membolehkan masyarakat mendapat manfaat serupa.

“Kita bawa pasaraya turun padang untuk mendekat dengan penduduk-penduduk yang perlu sebab kadang-kadang susah nak cari kenderaan untuk bergerak membeli belah jadi bila kita bawa ini di sini penduduk akan senang dan harga ini pun sangat murah.

“Jadi saya berharap lah kita dapat buat program ini lebih banyak lagi khususnya dan ianya boleh di bawa ke tempat yang lain di kawasan Batu Kitang,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media ketika Program Jualan Rahmah Kawasan N13 Batu Kitang di Dewan Ppr Landeh di Kuching pada Jumaat.

Tambah beliau dirinya sangat berpuas hati dengan sambutan dan kehadiran yang menggalakkan daripada masyarakat terhadap pelaksanaan program ini.

Program Jualan Rahmah bagi kawasan Dun Batu Kitang di Dewan PPR Landeh pada hari ini bermula pada 9 pagi dengan penjualan pelbagai jenis barangan keperluan harian seperti minyak masak, gula, telur dan bahan mentah yang lain.

Dijangka lebih 100 orang telah mula beratur seawal jam 8.30 pagi bagi mendapatkan barangan keperluan yang dijual. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan