Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang guru wanita disyaki memukul seorang kanak-kanak dalam kejadian di sebuah tadika di Pandamaran, Klang pada 13 Mei lepas akan didakwa di Mahkamah Majistret Klang esok di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan. (Foto Fail Envato)

Guru tadika pukul murid didakwa esok

ByBernama

SHAH ALAM, 13 Jun: Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes seorang guru wanita disyaki memukul seorang kanak-kanak dalam kejadian di sebuah tadika di Pandamaran, Klang dekat sini pada 13 Mei lepas.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata pihaknya telah mendapat arahan tuduh daripada timbalan pendakwa raya semalam dan suspek berumur 25 tahun itu akan didakwa di Mahkamah Majistret Klang esok di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Cha sebelum ini berkata pihaknya menerima aduan daripada bapa kanak-kanak tersebut pada 4.49 petang, 13 Mei lepas, yang mendakwa anaknya mengalami kecederaan, dipercayai berlaku di tadika.

Beliau berkata lelaki berumur 33 tahun itu mendakwa telah menerima gambar anak lelakinya dengan kesan kecederaan pada bahagian pipi dan belakang badan kira-kira 12.21 tengah hari pada hari yang sama, sebelum pergi ke tadika tersebut dan mendapat tahu seorang guru telah memukul anaknya.

“Siasatan mendapati mangsa merupakan seorang kanak-kanak berumur empat tahun yang mana sewaktu berada dalam kelas telah membuang air besar di dalam seluar.

“Apabila guru tadika menyuruhnya ke bilik air, mangsa berkeras dan enggan bangun dari kerusi sebelum guru terbabit memukul mangsa di bahagian pipi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Cha berkata mangsa telah dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah dan pemeriksaan mendapati kanak-kanak itu mengalami kecederaan tisu lembut pada bahagian pipi.

Dalam pada itu, Cha menafikan dakwaan artikel yang diterbitkan oleh sebuah akhbar dalam talian hari ini yang menyatakan polis telah melengahkan penyiasatan dan pengumpulan bahan bukti kes tersebut.

Beliau berkata pihaknya memerlukan masa untuk melengkapkan suatu kertas siasatan melibatkan semua keterangan serta menganalisis barang bukti yang diperolehi dan jika kes melibatkan mangsa kanak-kanak, mangsa perlu melalui proses rakaman percakapan di Pusat Temu Duga Kanak-Kanak (CIC). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan