Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Bekas Timbalan YDP direman berhubung kes bolot projek

PUTRAJAYA, 26 Julai — Bekas Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selangor direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes membolot pelbagai projek bernilai puluhan juta ringgit ketika menjawat jawatan itu sejak 2015 hingga tahun lepas.

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), lelaki itu yang kini setiausaha bahagian di sebuah agensi kerajaan Selangor ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya malam semalam ketika hadir memberi keterangan.

Majistret Shah Wira Abdul Halim membenarkan permohonan reman oleh SPRM ketika lelaki berumur 42 itu dibawa Mahkamah Majistret Putrajaya di sini hari ini.

Menurut sumber SPRM itu, individu terbabit disyaki menerima pelbagai jenis suapan daripada kontraktor antaranya pembiayaan kos pengubahsuaian rumah dianggarkan RM18,000, wang tunai RM38,000 serta deposit bagi pembelian kereta mewah sebanyak RM75,000.

Dia juga dikatakan menerima bayaran bulanan kira-kira RM3,000 sebulan sejak 2018 hingga kini, bayaran pembelian televisyen dan jam mewah sebagai balasan membantu syarikat-syarikat milik kontraktor mendapatkan kerja-kerja pembersihan kawasan, penyelenggaraan dan kerja-kerja secara sebut harga dan tender di sekitar Selangor, katanya.

Sebelum ini dilaporkan SPRM telah menahan dua bekas YDP majlis perbandaran di Selangor, seorang pegawai daerah, seorang kontraktor, serta juruukur bahan berhubung kes rasuah bagi memperoleh pelbagai projek.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan