Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil Foto: Fahmi Fadzil (FB)

Meta, MCMC jalin kerjasama laksana kempen kesedaran amalan keselamatan dalam talian

ByBernama

KUALA LUMPUR, 13 Jun: Meta bersetuju menjalin kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) serta pemegang taruh lain bagi melaksanakan kempen kesedaran nasional mengenai amalan keselamatan dalam talian.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kerjasama itu termasuk Kempen Keselamatan Dalam Talian untuk Kanak-Kanak dan Keluarga yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

“Susulan komitmen yang dinyatakan oleh Meta pada mesyuarat bertarikh 8 April 2024, saya telah diberikan taklimat semalam mengenai usaha dan penambahbaikan untuk memperkukuh keselamatan dalam talian bagi pengguna di Malaysia.

“Aspek-Aspek ini merangkumi pengesahan umur untuk kanak-kanak bawah 13 tahun serta pemantauan kandungan berbahaya seperti judi dalam talian, penipuan, berita palsu dan isu 3R (kaum, agama dan institusi diraja),” katanya menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.

Fahmi berkata usaha Meta untuk mengurangkan kandungan berbahaya dan melindungi keselamatan pengguna dalam talian adalah menggalakkan justeru beliau berharap komitmen ini akan diteruskan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan