Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Dua Ditahan Terlibat Judi ‘Online’

ByNur Suhaida Muliyono

BAU, 25 JULAI: Dua lelaki ditahan pihak berkuasa selepas disyaki terlibat dalam aktiviti judi atas talian.

Tangkapan ke atas kedua-dua suspek dilakukan di dua lokasi berasingan di Kampung Podam, Bau pada Sabtu.

Menurut Ketua Polis Daerah Bau, DSP Poge Nyaon, tangkapan individu pertama berusia 22 tahun dilakukan sekitar jam 5:45 petang di sebuah premis kedai makan di dalam kampung berkenaan.

“Suspek kedua berusia 34 tahun pula ditangkap 15 minit kemudian di hadapan sebuah rumah, juga di Kampung Podam, Bau,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Pihak polis turut merampas dua unit telefon bimbit, dua keping kad sim dan sejumlah wang tunai pelbagai nilai dalam serbuan itu.

Katanya lagi, kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

“Siasatan kes akan dijalankan di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” tambah Poge.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan