KUCHING, 7 Jun: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) baharu bakal dibangun dengan rekaan seni bina seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Doha, QatarĀ kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Beliau mendedahkanĀ cadangan itu berdasarkan pelan jangka panjang melibatkan bandar raya Kuching yangĀ akan menjadi hab di rantau Asia Tenggara sekali gus untuk menampung jangkaan kira-kira 15 juta pelawat pada masa akan datang.
āApa yang kita perlu ialah satu lapangan terbang bertaraf antarabangsa yang mempunyai kemudahan terkini termasuk fasiliti āstate-of-the-artā Information Technology (IT).
āIni akan menjadi satu ‘catalyst’ untuk merancakkan lagi perkembangan ekonomi kita khususnya dari segi ketersambungan, pelancongan, dan juga institusi ekonomi,ā kata beliau.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Innocement Sdn Bhd dan PMW Industries Sdn Bhd di Dewan Asajaya, Hotel Grand Margherita di sini pada Jumaat.
Abang Johari turut menjelaskan pendirian Kerajaan Sarawak berhubung keputusan untuk membina satu lapangan terbang yang besar berikutan kerajaan sudah pun mengetahui implikasi kos pada masa ini.
āJika kita tunggu lima atau 10 tahun, kosnya mungkin lebih besar. Dan kalau kita bina lapangan terbang biasa, orang pun tak nak datang,ā katanya.
Beliau dalam pada itu optimis bahawa KIAĀ baharu itu nanti akan menjadi satu tarikan pelancongan, selain memudahkan proses perjalanan untuk pelawat.
āKalau kita ada satu lapangan terbang yang canggih, orang akan datang bukan untuk melihat orang utan sahaja, dia nak tengok lapangan terbang juga,ā katanya.
Disoal pemberita berhubung tempoh jangkaan bagi projekĀ pelaksanaan dan pembinaan KIA baharu itu, Abang Johari meyakini Kerajaan Sarawak memakan tempoh masa tiga tahun bagi tujuanĀ penyelidikan dan perancangan, sebelum kerja pembinaan dilakukan.
āKita sekarang (dalam proses) melantik pakar yang terbabit dalam perancangan (lapangan terbang berdasarkan) Doha,ā jelas beliau.Ā -TVS