Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Rombongan Haji Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman bersama Mufti Selangor merangkap Ketua Pakar Rujuk Tabung Haji Dato Setia Prof Madya Dr Anhar Opir menziarahi Mahmad Zahir Yahya waris kepada jemaah haji keempat yang meninggal dunia di sini. Foto Zen Hashim (TVS)

Haji: Dua lagi kematian baharu jemaah Malaysia di Tanah Suci

ByLuqman Muhammad

MEKAH, 7 Jun: Dua lagi kematian baharu dilapor melibatkan jemaah haji Malaysia di Tanah Suci Mekah di sini pada Isnin dan Selasa lepas sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan adalah empat orang setakat ini.

Ketua Rombongan Haji Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, mereka yang meninggal dunia berpunca kegagalan buah pinggang,  pembuluh darah di perut tersumbat dan kegagalan fungsi organ ekoran jangkitan kuman pada paru-paru.

Dua lagi kematian baharu melibatkan jemaah haji Malaysia di Tanah Suci | TVS

“Dengan rasa dukacita, kami juga ingin memaklumkan yang kita telah kehilangan dua orang jemaah haji pada 3 dan 4 Jun yang lalu, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak empat orang.

“Kematian ketiga melibatkan jemaah dari Kedah, Ghazali Ahmad 71 akibat kegagalan buah pinggang dan sumbatan pembuluh darah di perut.

“Manakala kematian keempat melibatkan jemaah dari Terengganu, Noormadiah Mat Ali 53, berpunca daripada kegagalan fungsi organ disebabkan jangkitan kuman paru-paru,” katanya pada sidang media mingguan di Ibu Pejabat Tabung Haji di Abraj Janadriyah hari ini.

Syed Saleh berkata, jenazah masing-masing dikebumikan di Tanah Perkuburan Syuhada Al-Haram dan Tanah Perkuburan Syaraiee di Mekah.

Menurutnya, Tabung Haji akan menguruskan badal haji bagi kesemua empat jemaah Malaysia yang meninggal dunia di Tanah Suci setakat ini.

“Segala pembiayaan untuk badal haji ini akan ditanggung oleh Tabung Kebajikan Jemaah Haji Malaysia yang diuruskan Tabung Haji,” ujarnya.

Dalam pada itu Syed Slaleh memaklumkan seramai 52 jemaah haji Malaysia dimasukkan ke Pusat Rawatan TH dan Hospital Arab Saudi.

“Mereka yang dimasukan adalah disebabkan oleh masalah berkaitan pernafasan seperti jangkitan kuman paru-paru dan lain-lain penyakit seperti masalah jantung, gangguan emosi (psikiatri), dan sakit otot dan sendi,” ujarnya lagi.

Tambahnya setakat berita ini ditulis kesemua jemaah yang sedang mendapatkan rawatan dilaporkan dalam keadaan yang stabil. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan