Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis menahan datuk dan nenek kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, hari ini. Foto Media sosial

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 6 Jun: Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, esok.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi hari ini berkata pihaknya akan membuat permohonan itu berikutan tempoh reman pasangan berkenaan tamat pada Jumaat.

“Sukar nak terima Zayn Rayyan sudah tiada” – Ibu

Ibu bapa kanak-kanak itu direman tujuh hari bermula 1 Jun hingga esok bagi membantu siasatan kes pembunuhan tersebut yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pada 6 Dis tahun lepas, mayat Zayn Rayyan, 6, ditemukan dalam keadaan terbaring di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman Damansara Damai, Petaling Jaya dekat sini selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya.

Kes bunuh Zayn Rayyan, polis temukan sehelai stoking dalam takungan air

Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh apabila hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badannya akibat mempertahankan diri. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan