SIBU, JULAI 23: Seorang penunggang motosikal maut dalam tempoh tiga jam selepas terlibat dalam satu kemalangan.
Menurut Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit, Mangsa Leonard Imu Ngo dipercayai tidak memakai topi keledar ketika motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna m-p-v di Jalan Satria, Sibu.
Kata Stanley, kemalangan berlaku ketika motosikal yang ditunggang mangsa bergerak lurus dari arah Jalan Satria Timur menuju ke lorong satria 2 telah bertembung dengan kenderaan MPV yang secara tiba-tiba membelok ke simpang.
Jelasnya, pada jam 12 tengah malam hari kejadian, keluarga mangsa tampil ke balai trafik untuk memaklumkan bahawa mangsa telah disahkan meninggal dunia pada jam 10.40 malam itu
“Pemandu kenderaan MPV berusia 58 tahun itu telah ditahan dibawah seksyen 112, Akta Pengangkutan Jalan,” katanya.
Kes masih dalam siasatan dan diklasifikasikan sebagai kemalangan jalanraya (mati lewat) dan disiasat dibawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.