Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pegawai tentera Korea Selatan memeriksa objek tidak dikenali yang dipercayai sampah Korea Utara daripada belon yang melintasi sempadan antara Korea. Foto, AFP.

Korea Selatan gantung pakatan ketenteraan 2018 dengan Korea Utara berikutan insiden belon

ByBernama

SEOUL, 4 Jun: Majlis Keselamatan Negara (NSC) Presiden Korea Selatan pada Isnin memutuskan untuk menggantung pakatan ketenteraan antara Korea pada 2018 sehingga sikap saling mempercayai dengan Korea Utara dipulihkan.

Keputusan ini dibuat berikutan insiden terkini Korea Utara yang melancarkan belon berisi sampah ke Korea Selatan, menurut agensi berita Yonhap.

Mesyuarat NSC, yang dipengerusikan Timbalan Prinsipal Penasihat Keselamatan Negara, Kim Tae Hyo menekankan bahawa tindakan Korea Utara telah mendatangkan bahaya dan ancaman sebenar kepada rakyat Korea Selatan serta memberi kesan negatif terhadap kesiapsiagaan tentera.

“Langkah ini akan membolehkan latihan ketenteraan berhampiran Garisan Sempadan Tentera, yang sebelum ini dihadkan oleh perjanjian, membolehkan tindak balas yang lebih mencukupi dan segera terhadap provokasi Korea Utara.

Kami telah memutuskan untuk mengemukakan cadangan untuk menggantung keseluruhan keberkesanan Perjanjian Ketenteraan 19 September sehingga sikap saling mempercayai antara kedua-dua Korea dipulihkan,” kata pejabat presiden.

Beliau berkata kerajaan komited untuk mengambil semua langkah yang perlu untuk melindungi nyawa dan keselamatan rakyatnya.

Sejak Khamis, Korea Utara telah menghantar hampir 1,000 belon berisi sampah ke Selatan, sebagai tindak balas terhadap aktivis Korea Selatan yang menghantar risalah propaganda yang mengutuk rejim Utara.

Walaupun tiada korban manusia dilaporkan, beberapa belon menyebabkan kerosakan harta benda, termasuk cermin depan kenderaan yang pecah.

Perjanjian 2018, yang bertujuan mengurangkan ketegangan di sepanjang sempadan, pada dasarnya tidak berkesan selepas Korea Utara menjalankan latihan tembakan artileri berhampiran pulau-pulau sempadan barat pada Januari. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan