Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi menghadiri Sidang Kemuncak Bandar Dunia (WCS) 2024. Foto KKR

Malaysia sedia adaptasi pengurusan mampan dan daya tahan hadapi risiko

ByTVS

SINGAPURA, 3 Jun: Malaysia sedia mempelajari pengurusan mampan dan berdaya tahan bagi menangani risiko dihadapi sesebuah bandar terutama ketika menghadapi cabaran perubahan iklim global.

Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, Sidang Kemuncak Bandar Dunia (WCS) 2024 ini merupakan platform yang tepat bagi mempelajari masalah berlaku di negara lain dan mengadaptasi penggunaan teknologi bagi pembinaan di kawasan bandar terutama bangunan dan jalan raya.

“Bagi KKR, pembangunan infrastruktur adalah penting dalam memastikan bandar berdaya tahan dan mampan.

“Objektif adalah kita boleh pelajari pengalaman negara lain dengan harapan untuk melihat produk-produk atau sistem yang dipamerkan di mana kita boleh diguna pakai di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian demikian ketika ditemui pemberita di Sidang Kemuncak Bandar Dunia di Singapura pada Isnin.

Tambahnya, sidang kemuncak ini digunakan sebagai platform untuk bertukar pengalaman dan pengetahuan dalam pengurusan bandar raya di negara masing-masing.

Jelasnya, ini sekali gus memperkasakan pengurusan bandaraya ke arah mesra alam sekitar di mana kebanyakan bandaraya di negara lain turut berdepan dengan masalah perubahan iklim.

“Maka, yang dibincang kebanyakan adalah dasar yang lebih kepada solusi kepada masalah yang kita hadapi iaitu perubahan iklim,” katanya.

Dalam pada itu, Nanta turut menyampaikan beberapa dasar yang dijalankan oleh Kerajaan Malaysia dalam memastikan pembangunan bandaraya di negara ini terutamanya menghadapi risiko besar daripada banjir dan tanah runtuh.

Beliau juga berkongsi strategi yang diambil di peringkat nasional dan tempatan untuk menangani isu khas dalam mewujudkan bandar berdaya tahan bencana seiring dengan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), Rancangan Fizikal Negara Ke-4 dan Rancangan Pembinaan Nasional 2030. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan