Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Nancy Shukri di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (VVIP Lounge) hari ini. Foto Fiqri Razak (TVS)

Lebih ramai jururawat pengasuh warga emas diperlukan – Nancy

ByAdlina Rahman

KUCHING, 3 Jun: Sarawak dan negara secara amnya perlu melahirkan lebih ramai jururawat pengasuh warga emas, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri.

Katanya, melihat kepada keperluan negara serta permintaan institusi penjagaan orang tua kerajaan dan persendirian, KPWKM kini sedang melatih seramai 385 pelatih dan pihaknya berhasrat untuk melatih lebih dari itu pada tahun ini.

“Institusi khidmat penjagaan warga emas kerajaan memiliki penjaga atau pengasuh yang terlatih.

“Namun, mereka hanya diberi latihan kemahiran asas dan KPWKM berhasrat untuk melengkapkan mereka lagi bukan sahaja dari segi latihan fizikal, tetapi juga teori,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media I-Systems College di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (VVIP Lounge) di sini, hari ini.

Kata Nancy, demi melahirkan lebih ramai jururawat pengasuh warga emas berkualiti tinggi, KPWKM turut bekerjasama dengan Kolej I-Systems untuk mewujudkan lebih ramai pelatih.

“Saya sudah menawarkan juga kepada Kolej I-Systems untuk menggunakan institusi kami bagi menyediakan latihan secara fizikal (kepada pelatih), kerana di institusi kerajaan kami sudah mempunyai pelanggan (warga emas) untuk mereka belajar. Di kolej itu, pelatih akan dihantar ke hospital untuk latihan fizikal mereka,” ujarnya.

Nancy menambah, pengambilan pelatih baharu tersebut dilihat bertepatan dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

“Sarawak mempunyai PCDS 2030, mereka tahu ramalan untuk Sarawak dan berapa ramai (pelatih) diperlukan. Jadi kalau itu sudah teratur, Sarawak akan mempunyai lebih daripada cukup (pelatih),” kata Nancy. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan