Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor. Foto Jabatan Mufti Pulau Pinang

Perceraian tidak sepatutnya diraikan – Mufti

ByTVS

GEORGE TOWN, 3 Jun: Mengadakan majlis bagi ‘meraikan’ perceraian merupakan budaya asing yang bertentangan dengan tradisi dan semesta masyarakat timur.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, masyarakat Islam sepatutnya melihat perceraian sebagai satu ‘tragedi’ keruntuhan sebuah rumah tangga yang tidak menggembirakan.

Katanya, masyarakat perlu menyedari bahawa mangsa dan beban perceraian akan ditanggung oleh bekas isteri dan anak-anak, sedangkan lelaki atau bekas suami akan memulakan kehidupan baharu.

“Segala beban tanggungjawab untuk membesarkan anak-anak dan mendidik mereka ditinggalkan kepada bekas isteri.

“Kita menghormati perasaan wanita yang menghadapi penganiayaan suami yang tidak bertanggungjawab dan terpaksa menempuh hidup berumahtangga yang getir.

“Namun, kita menolak tindakan saling tuduh-menuduh dan selar-menyelar antara pasangan terbabit setelah bercerai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas berhubung persoalan mengenai trend meraikan perceraian suami isteri dengan mengadakan majlis bersama rakan-rakan.

Ujar beliau lagi, Islam menghalalkan perceraian sebagai satu penyelesaian terbaik bagi kegawatan yang mustahil dapat diselesaikan, namun ia adalah perkara halal yang paling dibenci Allah.

“Ini kerana perceraian menyebabkan kemudaratan terhadap anggota-anggota keluarga terutama anak-anak yang akan terbiar dan menjalani kehidupan yang gelap pada masa hadapan.

“Akhirnya, kita ingin mencadangkan agar pihak berkuasa mengambil langkah melalui penggubalan undang-undang bagi mencegah tindakan meraikan perceraian dan tidak dibudayakan dalam masyarakat Malaysia,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan