Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Willie Mongin bersama penduduk sekitar Kampung Segu Bunuk pada sambutan Brarak dan Bipijak Gawai 2024. Foto TVS

Brarak dan Bipijak Gawai 2024 angkat adat dan budaya kaum Bidayuh

KUCHING, 2 Jun: Hujan lebat hampir dua jam tidak menghalang lebih 1,000 pendudukKampung Segu Bunuk untuk memeriahkan Program Brarak dan Bipijak Gawai 2024 di sini.

Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin berkata, acara ‘brarak’ atau perarakan dan ‘bipijak’ atau makan-makan merupakan acara tahunan suku Bidayuh yang diadakan bagi meraikan tetamu serta warga kampung pada Hari Gawai.

“Tujuan diadakan program ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim sesama masyarakat Besegu Bunuk yang merangkumi tujuh kampung.

“Pada tahun lepas, kita menganjurkan program ini buat kali pertama dan sambutannya begitu meriah kerana lebih daripada 4,000 penduduk dari tujuh kampung sekitar datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Brarak dan Bipijak Gawai 2024 di Kampung Segu Bunuk di Jalan Puncak Borneo di sini petang tadi.

Tambah Willie, program tersebut juga bertujuan menzahirkan rasa kesyukuran kerana hasil tuaian padi yang amat memberangsangkan saban tahun.

Willie berkata, beliau juga tidak  menolak kemungkinan untuk menjemput suku kaum lain seperti Iban dan Orang Ulu untuk menyertai acara tersebut pada tahun mendatang.

Acara sempena sambutan Hari Gawai itu turut dipersembahkan dengan tarian kebudayaan masyarakat Bidayuh. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan