Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Rombongan Haji Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman menyambut ketibaan jemaah haji Malaysia di hotel penginapan jemaah Malaysia di Mekah, Arab Saudi. Foto, Zen Hashim (TVS).

Visa Mujamalah: Jemaah dinasihat pilih syarikat yang dilesenkan TH

ByLuqman Muhammad

MAKKAH, 2 Jun: Bakal jemaah haji yang ingin mendaftar menunaikan Rukun Islam kelima itu menggunakan visa Mujamalah dinasihati supaya memilih syarikat pelancongan yang dilesenkan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) sebagai syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH).

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, ini kerana semua syarikat PJH telah disaring dengan teliti bagi memastikan mereka mempunyai keupayaan kewangan yang kukuh.

“Ini juga kerana semua syarikat berkenaan telah disahkan memiliki rekod pengurusan jemaah yang baik serta diyakini sebagai syarikat berwibawa.

“Maka dengan proses perlesenan ini TH boleh memberi jaminan bahawa bakal haji boleh berasa yakin dengan urusan haji mereka, insya-Allah selamat dan kebajikan mereka akan terjaga,” katanya kepada media di Ibu Pejabat TH Makkah.

Bagi musim haji tahun ini, TH telah memilih 25 syarikat pelancongan tempatan termasuk anak syarikatnya Tabung Haji Travel & Services Sdn Bhd (THTS) untuk beroperasi sebagai PJH.

Syarikat pelancongan yang tidak mempunyai lesen PJHnamun menawarkan pakej serta mengelola perkhidmatan haji kata beliau telah melanggar Seksyen 27, Akta 535, Akta Tabung Haji 1995.

Pada tahun ini, Kerajaan Arab Saudi meluluskan 31,600 kuota jemaah haji Malaysia, yang merupakan jumlah kuota penuh seperti yang diluluskan pada musim haji lepas.

Selain visa haji yang berikan melalui TH, kerajaan Arab Saudi menerusi kedutaannya turut mengeluarkan visa Mujamalah kepada individu tertentu dalam jumlah yang sangat terhad.

Agensi yang mendapat visa Mujalamah juga perlu memohon bersama ‘ground services’ yang disediakan dalam aplikasi Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan