Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Orang kurang upaya (OKU) mengaku membakar kereta

ByKhairil Zharif Affindie

MIRI, JULAI 23: Selepas membakar sebuah kereta, seorang pemuda bertindak menghubungi bomba untuk melaporkan perbuatannya sendiri.

Pemuda tersebut yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) kemudian mengaku membakar kereta tersebut di dalam perkarangan Perpustakaan Taman Tunku di sini.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri, Law Poh Kiong berkata pada mulanya pihak bomba dan pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) tidak dapat memasuki perkarangan perpustakaan kerana mangga berkunci.

“Sesampainya di perpustakaan kita melihat anggota APM sudah sampai di perkarangan tetapi tidak dapat masuk dan pasukan bomba terpaksa memotong mangga untuk masuk ke dalam perkarangan perpustakaan sebab kereta yang terbakar tu terletak di bahagian dalam,” katanya ketika dihubungi pihak TVS.

Menurut beliau, setibanya di lokasi kejadian, kebakaran melibatkan sebuah kenderaan telah dipadam oleh pihak bomba dengan menggunakan salur bantu.

“Selepas kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya, pihak polis telah berjaya menahan pemuda OKU yang berada di perkarangan perpustakaan.

Pemuda tersebut telah ditahan polis untuk siasatan lebih lanjut dan jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak bomba serta tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” jelasnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan