Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Warden Didakwa Rogol Penghuni Pusat Jagaan

IPOH, 23 Julai — Seorang warden pusat jagaan swasta dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang penghuni pusat itu di sebuah rumah di sini Oktober tahun lepas.

Tertuduh, Ahmad Irang @ Suhiran Aris, 43, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim N. Priscilla Hemamalini.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa merogol seorang wanita berusia 33 tahun apabila dia mengetahui tentang kecacatan mental, gangguan emosi atau kecacatan fizikal wanita itu pada perlakuan jenayah itu.

Kesalahan itu dilakukan tertuduh di sebuah rumah di Jalan Kinding Raya 10, Taman Kinding Raya, di dalam daerah Kinta pada 8.20 pagi, 28 Okt 2020.

Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun dan 10 kali sebatan minimum, selain pengawasan polis maksimum tiga tahun sepertimana di bawah Seksyen 295 (1A) Kanun Prosedur Jenayah.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Liyana Zawani Mohd Radzi manakala tertuduh diwakili peguam K. Shamini.

Priscilla Hemamalini membenarkan lelaki itu diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Okt untuk sebutan semula kes.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan