Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Malaysia adalah negara pertama yang mendapat permit bagi operasi ambulans dan kelulusan ini membolehkan Tabung Haji memulakan operasi ambulans sepenuhnya bagi musim haji kali ini. Foto TVS

Haji: Malaysia negara pertama dilulus permit operasi ambulans

ByLuqman Muhammad

MEKAH, 25 Mei: Malaysia merupakan negara pertama memperoleh permit bagi operasi ambulans sekali gus menyaksikan Tabung Haji memulakan operasi ambulans sepenuhnya pada musim haji kali ini.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Dato’ Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata permohonan permit ini diluluskan setelah melalui pemeriksaan yang ketat dan teliti oleh Kementerian Kesihatan Arab Saudi.

“Setiap tahun, sebelum mulanya operasi haji, semua permit atau tasreh sudah dimohon dari pihak berkuasa Kerajaan Arab Saudi.

“Sukacita saya maklumkan bahawa kebenaran awal penggunaan kenderaan-kenderaan untuk dijadikan ambulans dan juga pengoperasian 20 buah ambulans ini telah pun diperolehi sebaik sahaja petugas Rombongan Perubatan tiba,” kata Syed Saleh menerusi sidang media mingguan pada Jumaat.

Menurutnya lagi sebanyak tiga buah ambulans ditempatkan di Madinah manakala bakinya ditempatkan di Pusat Rawatan TH Mekah dan bangunan penginapan jemaah haji utama di sekitar Mekah.

“Dengan itu, kita boleh menjalankan operasi ambulans kita di Jeddah, Mekah dan juga Madinah,” ujarnya lagi

Dalam pada itu Syed Saleh memaklumkan, permit bagi operasi ambulans ini terbahagi kepada dua kategori iaitu asas dan ‘advance’ atau yang disebut sebagai Advance Life Support.

“Tabung Haji telah memperolehi permit untuk keseluruhan 20 buah ambulans kita dalam kategori Advance Life Support dan ini menunjukkan bahawa ambulans yang digunakan Tabung Haji merupakan ambulans yang canggih dan mempunyai kemudahan-kemudahan dan peralatan yang baik, sehingga ke tahap yang boleh memberi bantuan Advance Life Support,” tambahnya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan