Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pengakap Sarawak Sumbang 300 Bungkusan Makanan Buat Golongan Memerlukan

KUCHING: Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sarawak pada hari ini tampil sempena Hari Sarawak untuk melancarkan penghantaran bantuan makanan ke daerah di seluruh Sarawak dengan konvoi empat buah kereta buat golongan memerlukan.

Hadir merasmikan pelepasan konvoi bank makanan itu adalah Timbalan Presiden Majlis Pengakap Sarawak Datuk Idris Buang.

Sumbangan 300 bungkusan makanan serta wang tunai itu adalah tanggungjawab sosial korporat persekutuan untuk menyokong dan membantu golongan sasaran semasa pandemik COVID-19 di bawah inisiatif Bank Makanan Pengakap 2.0.

“Sebagai persekutuan yang sentiasa bersiap siaga dalam apa jua keadaan, kami dalam Pengakap membantu golongan sasaran kita iaitu golongan ibu dan bapa tunggal yang hilang punca pendapatan,” jelasnya ketika ditemui media selepas merasmikan Konvoi Bank Makanan pada Khamis.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk membantu warga emas yang tidak menerima bantuan kewangan daripada anak-anak mereka, keluarga dengan pencari nafkah tunggal yang hilang pekerjaan disebabkan oleh pandemik, dan penganggur yang datang dari luar bandar tetapi tidak dapat pulang ke kampung asal mereka.

Sehubungan itu, menurut Pengerusi Bank Makanan Pengakap, Jumaat Ibrahim, Bank Makanan Pengakap 2.0 mendapat sumbangan berbentuk wang tunai daripada individu-individu dan syarikat-syarikat.

“Antara syarikat yang mengambil bahagian dalam usaha ini ialah Borneo Biscuit Sdn Bhd, Lee Chuan Hong Co. Sdn Bhd, Beverage Marketing Sdn Bhd, dan beberapa lagi agensi yang terlibat.”

Turut memberi sumbangan adalah Unaco Enterprises Sdn Bhd, Hong Yong Seafood Supplies Sdn Bhd, H&D Food Processing Sdn Bhd, CS, SHM Debelopment Sdn Bhd, Saddad Resources Sdn Bhd dan Majlis Pengakap Bandaraya Kuching.

Kesemua bungkusan makanan dihantar menerusi sukarelawan kepada Pesuruhjaya Pengakap Daerah di Serian, Sri Aman, Betong, Saratok, Julau, Sarikei, Sibu dan Kanowit.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan