Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Lelaki Dicekup Jual Loteri Haram

ByKhairil Zharif Affindie

KAPIT: Seorang lelaki ditahan kerana disyaki menjalankan aktiviti menjual judi nombor ekor haram di sebuah kedai makan di Taman Airport, di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kapit, DSP Freddy Bian berkata, suspek berusia 35 tahun terbabit ditahan oleh sepasukan anggota polis dari Cawangan Jenayah IPD Kapit yang diketuai oleh Inspektor Sivaneswaran pada jam 4.40 petang itu.

“Polis turut merampas seunit telefon bimbit, pencetak mini serta wang tunai dipercayai hasil penjualan nombor ekor tanpa lesen,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, suspek disiasat di bawah Seksyen 4A (a)  Akta Rumah Judi Terbuka 1953. 

“Jika sabit kesalahan, suspek boleh didenda tidak kurang RM 20,000 dan tidak lebih RM 200,000 atau dikenakan penjara tidak lebih 5 tahun.”

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan