Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rakyat Iran membawa keranda presiden Ebrahim Raisi di kuil Imam Reza semasa upacara pengebumian di bandar Mashhad pada 23 Mei 2024. Foto AFP

Bekas Presiden Iran Raisi selamat dikebumikan di Makam Imam Reza di Mashhad

ByBernama

MASHHAD, 24 Mei: Bekas Presiden Iran, Ebrahim Raisi telah dikebumikan di kampung halamannya di Mashhad, yang menempatkan makam suci imam kelapan penganut Syiah, Imam Reza.

Agensi Berita Republik Islam (IRNA) melaporkan bahawa jenazah Raisi tiba di Mashhad pada pagi Khamis, dengan ribuan orang berkumpul untuk perarakan pengebumian yang menuju ke makam suci Imam Reza, tempat bekas presiden itu dikebumikan.

Menurut Datuk Bandar Mashhad, Mohammad-Reza Ghalandar dianggarkan tiga juta orang mengambil bahagian dalam upacara berkabung itu, termasuk penduduk dari bandar lain di Iran serta negara jiran seperti Iraq, Afghanistan, Pakistan dan Turkiye.

Raisi, menteri luar negaranya, Hossein Amirabdollahian dan beberapa pegawai telah terkorban pada Ahad apabila helikopter mereka terhempas di wilayah barat laut Iran, Azarbaijan Timur.

Mereka dalam perjalanan ke ibu kota wilayah Tabriz dari sempadan Azerbaijan, selepas Raisi merasmikan empangan bersama dengan rakan sejawatnya dari Azerbaijan, Ilham Aliyev.

Upacara pengebumian turut diadakan untuk mangsa nahas helikopter yang lain pada Selasa dan Rabu di bandar Tabriz dan Qom serta ibu kota Tehran.

Puluhan pegawai tinggi dari negara lain turut menghadiri upacara peringatan di Tehran pada petang Rabu.

Raisi, 63, adalah presiden kelapan Iran dan telah dipilih pada Ogos 2021. Sebelum itu, beliau mengetuai badan kehakiman Iran, merupakan ahli Expediency Council, naib pengerusi Majlis Pakar dan penjaga Astan Quds Razavi.

Sementara itu, di bandar Rey di selatan Tehran pada Khamis, Menteri Luar Iran, Hossein Amirabdollahian telah dikebumikan di makam Abdul-Azim al-Hassani. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan