Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
DCIM100MEDIA

Golongan B40 Di Sarawak Dipelawa Memohon SRAS

ByBernama

KUCHING: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) Sarawak mempelawa golongan B40 berpendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,131 sebulan untuk memohon Skim Bantuan Sewa Kediaman (SRAS).

Ketua Pegawai Eksekutif HDC Sarawak Mohamad Asman Ahmad berkata SRAS adalah skim bantuan sewa sebanyak RM200 sebulan selama 36 bulan yang diumumkan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam Belanjawan Negeri Sarawak 2021.

“SRAS kini dibuka kepada mereka yang kini menyewa di sekitar bandar Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, skim ini juga dijangka dapat memanfaatkan kira-kira 20,000 isi rumah yang layak terutama golongan berpendapatan rendah dan terkesan disebabkan pandemik Covid-19.

“Permohonan SRAS adalah terbuka untuk warganegara Malaysia khasnya anak Sarawak. Peserta yang tersenarai di dalam sistem e-kasih dan/atau pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,131 sebulan juga dialu-alukan memohon,” katanya

Pemohon boleh mendapatkan maklumat dan memuat turun borang permohonan SRAS secara percuma di laman web HDC http://hdc.sarawak.gov.my atau menghubungi Ibu Pejabat HDC Kuching di talian 082-444381 atau 082-443681 untuk sebarang pertanyaan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan